July 14, 2017

Analisis Data FPL 2016/17 Part 1 - Goalkeeper

     Ini adalah artikel pertama yang ditulis oleh admin selepas membuat keputusan untuk menulis dalam Bahasa Malaysia. Diharap perubahan ini dapat membongkar tips-tips yang mungkin belum dibongkar kepada semua Manager Fantasi Premier League sebelum ini.

Goalkeeper Data 2016/17 FPL
Goalkeeper Data 2016/17 FPL
     Kita akan mengkaji data dari persembahan penjaga goal dalam FPL 2016/17 dan mengaitkannya dengan taktikal yang diterapkan jurulatih setiap pasukan Premier League. Data diatas adalah data daripada 20 penjaga goal terbaik FPL season lepas, data ini dibahagikan kepada 2 bahagian utama iaitu kriteria-kriteria penyumbang point FPL dan juga kaitan dengan "Defensive line" dan taktikal yang diterapkan jurulatih. Diakhir analisis ini kita akan mengetahui apakah kriteria-kriteria utama yang mesti kita tumpukan dalam pemilihan penjaga goal untuk musim akan datang.

1. Kriteria-kriteria penyumbang point FPL bagi penjaga goal.

     Apakah kriteria atau faktor yang menyebabkan penjaga goal mendapat point yang tinggi?

Berdasarkan format point FPL yang terbaru, terdapat 3 faktor utama iaitu "Bonus Point = BNS", "Cleansheets = CS", dan "Saves = SV". Daripada 20 penjaga goal hanya Heaton sahaja yang memperoleh BNS point tertinggi dikalangan penjaga goal musim lepas iaitu 21 bonus point. Bonus point diperolehi Heaton apabila dia mendapat cleansheet dan saves point yang tinggi pada suatu perlawanan. Jadi bonus point BNS adalah sangat bergantung kepada gabungan cleansheet CS dan saves SV yang dilakukan. Jika salah satu point daripada CS atau SV tidak diperolehi maka adalah sukar untuk penjaga goal mendapat bonus point.

     Daripada data Cleansheet CS diatas, CS point adalah penyumbang point utama bagi tujuh orang penjaga goal teratas dengan keseluruhan sepuluh penjaga goal bergantung kepada point CS. Saves point SV juga menjadi penyumbang utama bagi sepuluh penjaga goal tetapi daripada enam penjaga goal teratas hanya Heaton dan Cech sahaja mendapat point yang agak tinggi daripada saves point.

     Jadi data ini telah membuktikan bahaya CS adalah penyumbang utama kepada point penjaga goal, dan point SV adalah penyumbang kedua. Jadi jika kita menyasarkan untuk mendapatkan penjaga goal yang terbaik untuk pasukan fantasi musim hadapan, peluang untuk CS mestilah menjadi tumpuan utama kita dalam pemilihan penjaga goal.

     Apabila diperhatikan ranking pemain pertahanan terbaik "BestDefRk" daripada pasukan yang sama dengan penjaga goal, kedudukan BestDefRk juga adalah hampir selari dengan CS yang juga membuktikan keutamaan CS point mesti menjadi kriteria utama dalam pemilihan penjaga goal dan pemain pertahanan.

2. Defensive Line dan Taktikal.

     Adakah defensive line dan taktikal yang diterapkan jurulatih mempunyai kaitan dengan 2 kriteria utama point penjaga goal iaitu cleansheet dan saves point?

Daripada data diatas dapat dilihat bahawa enam pasukan Premier League yang menerapkan taktikal High Defensive Line dan Possession menjadi penyebab kepada cleansheet CS. Matlamat High Defensive Line yang menolak pemain pertahanan lebih ke atas untuk mengelakkan dan memaksa pemain lawan supaya hanya berada dikawasan sendiri telah mengurangkan peluang untuk menjaringkan goal oleh pihak lawan. Possession yang dilakukan juga telah mengurangkan pihak lawan mendapat bola dan sekaligus mengurangkan peluang untuk menjaringkan goal.

     Kesimpulannya High Defensive Line dan Possession yang diterapkan adalah antara penyumbang kepada cleansheets sesebuah pasukan.

     Sebaliknya pula yang berlaku pada saves point SV dimana hanya Cech sahaja yang mendapat SV point yang tinggi daripada pasukan yang mengamalkan High Defensive Line dan Possession. Daripada data yang diperoleh, pasukan yang mengamalkan Deep Defensive Line dan Normal Defensive Line telah membolehkan menjaga goal mendapat saves point yang lebih tinggi. Ini adalah kerana taktikal Deep dan Normal Defensive Line telah menyebabkan lebih banyak peluang dan ruang dapat dicipta oleh pasukan lawan untuk melakukan percubaan dan sekaligus memberikan lebih banyak peluang untuk melakukan saves. Taktikal ini juga menyebabkan peluang untuk cleansheet semakin berkurang.

     Apabila dibandingkan pula diantara "BestDefRk" dan Defensive Line dan Taktikal, didapati taktikal High Defensive Line dan Possession juga menjadi penyumbang untuk pemain pertahanan mendapat point fantasi yang lebih tinggi. Ini dapat dibuktikan berdasarkan data diatas dimana ranking pemain pertahanan dari pasukan yang mengamalkan High Defensive Line ada lebih tinggi berbanding pasukan yang mengamalkan Deep Defensive Line.


Berikut ialah hasil pengiraan faktor dan kriteria penyumbang kepada point penjaga goal:

Criteria Count for Goalkeeper
Criteria Count for Goalkeeper
     Dapat disimpulkan dari data dan analisis ini ialah:

1. Untuk mendapat penjaga goal terbaik, cleansheet CS adalah kriteria utama yang mesti di perhatikan dan kriteria kedua ialah saves SV.
2. High Defensive Line dan Possession football yang diterapkan adalah faktor utama kepada Cleansheet CS.
3. Deep Defensive Line akan mengurangkan peluang CS tetapi akan meningkatkan peluang untuk penjaga goal melakukan saves SV.
4. CS juga adalah kriteria utama bagi pemilihan pemain pertahanan terbaik.
5. High Defensive Line dan Possession juga menjadi penyebab pemain pertahanan memperoleh point fantasi yang lebih tinggi.

     Point-point daripada analisis ini adalah sangat penting setelah pembaharuan yang dilakukan FPL dari segi pengiraan point. Dan data-data telah membuktikan manakah yang lebih penting diantara Bonus Point, Cleansheet, dan Saves Point dalam penilaian untuk pemilihan penjaga goal.


     Maklumat harga penjaga goal untuk musim 2017/18 juga dimuatkan didalam table diatas bagi memudahkan kita untuk menilai dan memilih penjaga goal. Analisis yang lebih terperinci bagi pemain pertahanan akan dilakukan didalam artikal akan datang.


Data penjaga goal dari pasukan-pasukan baru.


     Seterusnya adakah kriteria dan faktor dari kajian diatas juga selari dengan data pasukan baru dari kejohanan English Championship yang baru layak ke Premier League musim ini? Adakah terdapat penjaga goal yang boleh dijadikan sandaran untuk mendapatkan point dari CS dan SV? Berikut adalah data mereka:

Goalkeeper data for the new team
Goalkeeper data for the new team
     Dua penjaga goal utama dari setiap pasukan Newcastle, Brighton, dan Huddlesfield dengan percentage % selected setakat hari ini diletakkan di dalam table diatas untuk dibandingkan dengan persembahan penjaga goal pada musim lepas dan taktikal yang telah diterapkan pada musim lepas.


     Untuk menilai keupayaan pasukan-pasukan ini untuk mendapatkan cleansheet, maklumat CS daripada 10 perlawanan terkini setiap pasukan telah diteliti dan didapati kesemua pasukan ini hanya mendapat 3 CS daripada 10 perlawanan iaitu 3/10 sahaja. Ini adalah jumlah yang agak rendah dimana kita sepatutnya mendapatkan pemain yang mampu memberikan kita sekurang-kurangnya 7 CS dari 10 perlawanan untuk dijadikan sandaran untuk pasukan fantasi. Didalam kolum 'Cleansheet' diatas juga diletakkan rating penjaga goal dimana rating tertinggi adalah milik penjaga goal Brighton sebanyak 7.8 point.


     Selain itu, apabila dilihat kepada data "goal bolos, GA" bagi setiap pasukan ini, Brighton juga didapati mempunyai lebih kelebihan di tempat sendiri 'H' dengan hanya melepaskan 14 goal berbanding Newcastle yang melepaskan 23 goal dan Huddlesfield sebanyak 26 goal. Newcastle pula mempunyai rekod yang lebih baik ditempat lawan apabila hanya melepaskan 17 goal manakala Brighton melepaskan 26 goal dan Huddlesfield melepaskan 32 goal.


Team
GA
H
A
Newcastle United
23
17
Brighton & Hove Albion
14
26
Huddersfield Town
26
32


     Seterusnya, apabila dilihat kepada saves point 'SV' pula, penjaga goal Brighton telah melakukan paling banyak saves iaitu 112 saves pada kadar 2.5 saves pergame. Diikuti penjaga goal Huddlesfield dengan 89 saves dan Newcastle dengan 73 saves.


     Rating pemain pertahanan terbaik dari pasukan sama "BestDefRk" juga menunjukkan rating pemain pertahanan Brighton adalah tertinggi dengan 7.5 point, diikuti Newcastle 7.3 point dan Huddlesfield 7.1 point.


    Apabila data CS dikaitkan dengan 'Defensive Line' dan taktikal, Huddlesfield yang menerapkan "High defensive Line" dan Possession yang sepatutnya mendapat lebih CS didapati tidak menyumbang kepada peluang untuk CS. Mungkin ini adalah kerana faktor kualiti pemain-pemain mereka dan juga pelaksanaan taktikal yang kurang efektif. Brighton dan Newcastle yang mengamalkan "Deep Defensive Line", seperti hasil kajian diatas dimana "Deep Defensive Line" akan mengurangkan peluang CS dan meningkatkan SV oleh penjaga goal sekali lagi terbukti disini.


     Kesimpulan dan point utama yang dapat diambil daripada data pasukan-pasukan baru:

1. Ketiga-tiga pasukan Newcastle, Brighton, dan Huddlesfield mempunyai peluang untuk cleansheet yang rendah iaitu 3/10 sahaja dan agak mustahil dengan kualiti pemain yang ada untuk meningkat dengan mendadak dimana cabaran didalam Premier League adalah lebih mencabar.
2. Terdapat sedikit peluang untuk CS bagi pasukan Brighton yang bertahan dengan lebih baik ditempat sendiri dan Newcastle yang bertahan lebih baik ditempat lawan.
3. Penjaga goal Brighton mempunyai peluang yang tertinggi untuk melakukan banyak saves berikutan taktikal yang diterapkan.


    Jika dilihat daripada keseluruhan data penjaga goal dan taktikal yang diterapkan Brighton, penjaga goal mereka mesti diperhatikan dan mungkin mempunyai potensi seperti Heaton dari Burnley pada musim lepas jika mereka terus menggunakan dan memperkemaskan taktikal sedia ada. Diharap analisis ini dapat membantu penilaian dan pemilihan kita terhadap penjaga goal untuk Fantasy Premier League 2017/18.


     Setakat ini sahaja analisis data penjaga goal oleh BMM, dan akan disambung dengan analisis pemain pertahanan dalam artikal yang akan datang. Terima kasih.


Lihat juga:
Searching the best player based on last 6 gameweeks
Detailed Analysis on Clean Sheets of EPL teams
Major FPL Mistakes to be avoid


Kredit dan rujukan:
1. BMM datasheets.
2. http://www.football-lineups.com/
3. http://www.whoscored.com/

No comments:

Post a Comment