October 11, 2017

Pemain Paling Berbahaya FPL 2017-18 - Ancaman Serangan

     Berikut adalah ranking pemain FPL 2017-18 yang paling berbahaya dari segi ancaman serangan(attacking threat) berdasarkan statistic. Data telah diambil dari persembahan pemain dari minggu pertama hingga minggu ketujuh Premier League.
Pemain Paling Berbahaya FPL 2017-18 - Ancaman Serangan
Pemain Paling Berbahaya FPL 2017-18 - Ancaman Serangan
     Peratusan statistik dibawah telah digunakan untuk menilai tahap ancaman dari serangan pemain-pemain ini.

Goal % (Peratusan gol) - Ketajaman pemain dalam menyudahkan peluang.
SOT % (Peratusan Shot On Target) - Ketepatan pemain dalam melakukan percubaan.
SIB % (Peratusan Shot In Box) - Keupayaan untuk melakukan percubaan dari posisi berbahaya iaitu kotak penalty.
SHT % (Peratusan Shot) - Jumlah keseluruhan percubaan yang dilakukan pemain.

Peratusan diatas dipuratakan untuk menentukan rangking dan premium striker telah berada ditangga pertama hingga keempat iaitu Kane, Lukaku, Morata, dan Aguero. Amat mengejutkan ialah statistik yang dilakukan Sterling mengekori striker premium ini di tempat kelima.

Terdapat dua bajet midfilder yang menunjukan statistik yang bagus iaitu Richarlison £6.1 dengan 40 FPL Points dan Choupo-Moting £5.6 dengan 30 FPL Points.

Baca Juga:
EPL Team Chances for GW8

No comments:

Post a Comment